Thursday, January 29, 2009

Questions for Parliament 2009



Finally with all the festivities since the end of last year coming to an end, I'll probably be able to jolt myself from inertia, restart my engine again to start blogging more frequently ;-)

In particular, parliament will reconvene early this year on 16th February (it usually starts in March, but our outgoing prime minister wants to put in a few more laws to be passed before he hands over, hence it was brought forward). I've submitted my list of questions to the parliament before the Chinese New Year. I'll list them down below. Apologies for not having gathered some feedback before submitting, but with all the things which were happening, I didn't get around to giving sufficient notice. ;-)

List of questions for oral reply (subjected to maximum of 40 words each):
  1. Tony Pua meminta Menteri Koperasi dan Pembangunan Usahawan menyatakan sebab Syarikat Airport Limosin Malaysia menyewakan teksi KLIA dengan harga mahal sebanyak RM166 setiap hari. Manakala, sewa teksi bandar adalah hanya RM60 setiap hari untuk kenderaan yang sama. Apakah tindakan yang akan diambil supaya nasib pemandu teksi KLIA dapat dipeliharakan?

  2. Tony Pua meminta Menteri Kerjaraya menyatakan apakah bayaran yang dikenakan jikalau kerajaan mengambil-alih Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mengikut terma ekspropriasi dalam perjanjian konsesi. Adakah ianya lebih wajar untuk mengekspropriasi LDP, ataupun membayar wang gantirugi RM75 juta setiap tahun kepada pihak konsesi diteruskan sehingga konsesi tamat.

  3. Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah keadaan keselamatan di Malaysia adalah amat serius kerana kes rompakan setiap 100,000 penduduk adalah 90.49 di Malaysia, manakala di Hong Kong dan Jepun hanya 17.56 dan 4.78. Kes rogol pula, index Malaysia 11.47, manakala Hong Kong dan Jepun hanya 1.54 dan 1.62.

  4. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan pencapaian pelaburan dari luar negeri di Iskandar Malaysia dari segi jumlah yang telahpun dijanji berbanding dengan jumlah yang telah dilabur. Apakah impek kemerosotan ekonomi kepada Iskandar pada tahun-tahun yang akan datang?

  5. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan kedudukan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam dan dana pengangkutan awam sebanyak RM35 billion yang telah diumumkan sejak June tahun lalu. Senaraikan jumlah perbelanjaan daripada dana ini yang akan dibelanjakan mengikut projek pembangunan perkhidmatan pengangkutan awam pada tahun 2009 dan 2010.

  6. Tony Pua meminta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan samada kementerian akan mengubah status kesulitan perjanjian konsesi penjana tenaga bebas (IPP) seperti apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Kerjaraya. Adakah perjanjian-perjanjian tersebut mempunyai peruntukan yang membolehkan kerajaan mengekspropriasi konsesi dan apakah terma pampasan yang perlu dibayar mengikut perjanjian?

  7. Tony Pua meminta Menteri Kerjaraya menyatakan hasil kajian pakar perunding mengenai konsesi Lebuhraya Damansara Puchong. Adakah pihak syarikat konsesi telah mematuhi kesemua syarat rekacipta dan pembinaan lebuhraya di dalam perjanjian, termasuklah syarat “divided dual three-lane carriageway with design speed of 80kph”?

  8. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah ianya lebih wajar untuk Khazanah Nasional yang memiliki 63.9% syarikat PLUS, untuk membuat tawaran am untuk membeli ekuiti daripada pemilik minoriti supaya perjanjian PLUS dapat dirombak untuk mencapai persetujuan harga tol yang lebih munasabah dengan kos pembinaan dan penyenggaraan.

  9. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk membetulkan segala “bottleneck” dari segi kelemahan rekabentuk CIQ Johor Bahru yang baru kerana pembukaan CIQ ini telahpun menyulitkan pengguna-pengguna tambak Johor biarpun pemandu kereta, penumpang bas ataupun pejalan kaki.

  10. Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan hasil laporan daripada pakar jenayah daripada sebuah universiti tempat untuk menyelidik kadar jenayah di Malaysia untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Malaysia adalah lebih selamat daripada negara seperti Jepun dan Hong Kong, seperti yang diumumkan oleh Menteri pada 4hb Disember.

List of Questions for Written Reply:
  1. Tony Pua meminta Menteri Kerjaraya menyatakan wang pampasan yang perlu dibayar kepada setiap syarikat konsesi sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk mengekspropriasi konsesi mengikut syarat kontrak. Apakah wang pampasan yang dibayar kepada setiap konsesi setiap tahun untuk menampung kadar tol yang lebih rendah daripada apa yang dipersetujui.

  2. Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

    i.Kadar jenayah di Selangor dari tahun 2000 sehingga 2008 mengikut tahun, jenis jenayah dan kawasan daerah.

    ii.Kadar jenayah di Malaysia dari tahun 2000 sehingga 2008 mengikut tahun, jenis jenayah dan negeri.

  3. Tony Pua miminta Menteri Dalam Negeri menyatakan 

    i.jumlah anggota polis di Petaling Jaya dari tahun 2000 sehingga 2008 mengikut tahun dan jawatan

    ii.jumlah anggota polis yang akan ditambah ke Petaling Jaya dari tahun 2009 sehingga 2012 berbanding dengan jumlah yang akan bersara mengikut tahun dan jawatan.

  4. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan 

    i.saham-saham yang dimiliki oleh syarikat ValueCap mengikut tarikh pelaburan, jumlah syer, harga yang diperolehi dan harga semasa pada akhir tahun 2008.

    ii.kunci kira-kira terperinci syarikat ValueCap pada akhir tahun 2008

  5. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan keduduk pelaburan EPF memerolehi Bank RHB pada tahun 2007 dan memberikan:

    i.Jumlah perbelanjaan mengikut jenis aset dan ekuiti

    ii.Jumlah nilai mengikut jenis aset dan ekuiti, termasuk wang daripada syer yang telah jual kepada pihak lain



technorati tags:
| |
More at: News 2 Cromley

No comments: